Thursday, February 11, 2016

Iklan skjp ye, Rumah Untuk Dijual ( tolong kawan-kawan)



     Kawan saya nak jual rumah di Bandar Mas, Kota tinggi... alamatnya No 7 Lorong Akik, Bandar Mas.  Siapa yang tinggal berdekatan tu bolehlah jengah2 ye.  Harga nak dijual RM200k, tapi boleh runding lagi... Berminat hubungi no ni ye 019-7103090 ( En. Arshad)

Monday, February 6, 2012

Kasih Yang Suci

    Novel seterusnya yang saya paling saya suka ialah Novel kasih Yang Suci ditulis oleh Meen Zulaikha.


   
      Kalau tengok muka depan novel ni macam tak best je.  Tapi bila baca novel ni memang best. Novel ni pun dah diadaptasi ke dalam drama Nora Elena yang ditayangkan kat TV3 tahun 2011 lepas.
Novel ni mengisahkan tentang seorang gadis yang pernah dirogol semasa zaman remaja, tapi dia dapat meneruskan kehidupannya walaupun dihantui tragedi hitam tu.  menjelang alam kedewasaannya dia ingin berkahwin dengan tunangnya bernama Saiful tetapi kehadiran Seth Tan iaitu abang kawan baiknya semasa kecil dulu menimbulkan pelbagai peristiwa sehinggakan pertunangannya dengan Saiful putus.  Seth Tan mengambil peluang daripada kejadian ini untuk merebut cinta Nora yang memang dari dulu dicintainya, tambahan pulak rupa-rupanya dia yang telah  merogol Nora Elena dulu. Nora menerima cinta Seth kerana nak menjaga nama baik keluarga dan mereka berdua berkahwin.  Rumah tangga mereka goyah apabila Nora dapat tahu secara tak sengaja  bahawa Seth lah orang yang telah merogolnya.  Tapi akhirnya berkat kesabaran Seth, Nora akhirnya dapat memaafkan Seth dan menerima Seth sebagai suaminya.

     Paling best tentang novel ni ialah gaya bahasanya yang mudah,tidak meleret-leret dan bersahaja.  Bila baca tak sempat nak rasa boring, kalau boleh nak cepat habis sebab nak tau apa jadi seterusnya. Antara novel yang saya baca paling cepat habis sebab bila baca novel ni,nak berhenti pun rasa sayang.  Kalau daripada 5 bintang ...saya bagi 4 bintang setengah...

Sunday, February 5, 2012

Ombak Rindu ( Novel)

     Tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni minat nak membaca novel datang balik.  Tiga belas tahun dulu semasa masih single memang seorang pencinta novel, tapi dah lima enam tahun ni dapat baca paling banyak pun tiga buah novel je setahun.  Tapi lepas tengok movie ombak rindu , teringat pulak minat yang dah lama ditinggalkan dulu.  Cari balik koleksi  novel dulu-dulu.  Dah tu terasa rajin pulak nak buat review mengenai novel-novel yang dah dibaca.  Pertama sekali  review tentang novel yang paling best ( pada sayalah) , Ombak Rindu.

Ini kulit luar novel lama

     Kalau edisi lama kulitnya macam kat atas ni,tapi kalau cetakan baru pulak sama dengan poster movie ombak rindu tu.  Cetakan lama saya dah ada 6 tahun lepas, cetakan baru pun ada jugak baru 2 bulan yang lepas. ( Tamak betul hehehehe)  .  Penulisnya ialah Fauziah Ashaari, setebal 563 muka surat. 

     Ia mengisahkan tentang seorang gadis kampung yatim piatu yang dijual kepada taukeh pelacuran oleh pakciknya.  Semasa bekerja di kelab malam tu dia telah dilanggan oleh seorang lelaki muda kaya bernama Haris ( biasalah kalau dalam novel mestilah lelaki tu anak orang kaya kan) dalam keadaan tidak sedar.  Oleh kerana si Izzah nak mengelakkan diri daripada jadi pelacur, dia minta Haris bernikah dengan dia tapi disebabkan dia jenis orang yang sedar diri, dia tak nak menuntut hak dia sebagai seorang isteri.  Bermulalah selepas tu kehidupan dia sebagai seorang isteri tapi dilayan macam seorang perempuan simpanan.  Banyaklah kejadian-kejadian suka duka sepanjang perkahwinan mereka sehinggakan akhirnya Haris jatuh cinta dengan isteri dia tu.  Sedihnya bila mereka berdua baru nak mengecap kebahagiaan datang pulak banyak halangan.  Haris nak dijodohkan dengan perempuan lain iaitu Milla karmila dan keadaan Izzah yang tidak disukai oleh ibu Harris iatu Dato' Sufiah.  Banyaklah kisah sedih berlaku selepas tu....Tapi akhirnya mereka berdua dapat hidup bersama dengan bahagia....

     Gitulah sedikit sebanyak sinopsis tentang novel ni.  nak cerita secara detail tak larat pulak.  Tapi ulasan yang dapat saya buat sebagai seorang pengulas yang tak bertauliah ni, novel lni memang best dibaca.  Jalan ceritanya yang mudah difahami.  Ada masih kita akan ketawa baca , tapi banyak kali kita akan menangis.  Bukan saya aje yang menangis.  Adik lelaki bujang saya baca pun menangis ( dia jugak yang cakap itupun selepas 2 tahun dia baca, baru terbuka rahsia dia nangis)...... Setiapkali cuti panjang mesti saya akan baca novel ni.  tapi setelah menonton movie Ombak Rindu , terasa memang banyak jalan cerita yang berbeza....Tapi nak buat macam mana , dalam masa 2 jam tayangan ,macam mana nak muatkan semua adegan...betul tak?  Selepas tengok movie tu setiap kali baca novel tu balik bolehlah bayangkan Maya Karin dengan Aaron Aziz pulak....
  
      Daripada 5 bintang, saya boleh beri 4 tiga per empat bintang ( boleh macam tu? )